| ||||||||||||||
|
WiFi WiFi (disebut why-fie) merupakan singkatan tidak rasmi bagi Wireless Fidelity. Ia merupakan teknologi yang meluaskan lagi rangkaian komputer melalui penggunaan gelombang radio tanpa wayar. Disebabkan penggunaan frekuensi pada tahap 2.4Ghz (tahap frekuensi WiFi) tidak memerlukan sebarang lesen, maka penggunaan WiFi telah menjadi begitu meluas dalam tempoh kurang daripada 2 tahun. WiFi dimiliki oleh WiFi Alliance - sebuah konsortium syarikat-syarikat berasingan yang bersetuju untuk mengeluarkan produk yang berasaskan piawaian IEEE 802.11. Perkakasan yang diperlukan dalam teknologi ini adalah Access Point (AP) yang disambungkan terus kepada modem atau Rangkaian Komputer Setempat (Local Area Network). AP boleh menampung sehingga 100 pengguna dalam satu satu masa. Setiap AP perlu ada kemudahan keselamatan Wired Equipment Privacy (WEP) supaya pentadbir boleh memastikan hanya pengguna yang sah sahaja boleh menggunakan perkhidmatan ini. Selain daripada WEP, setiap AP juga perlu ada kemudahan Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) supaya setiap komputer yang membuat sambungan diberikan nombor IP yang unik serta secara automatik. WiFi tidak hanya tertakluk kepada komputer sahaja, PDA (Personal Digital Assistant) juga boleh menggunakan perkhidmatan ini jika ia mempunyai peralatan yang sesuai. Kelebihan: Kelemahan: untuk maklumat lanjut, baca artikel di Wikipedia |
|||||||||||||