Tujuan
Polisi ini disediakan sebagai garis panduan kepada Perpustakaan Cawangan dan Wilayah dalam melaksanakan perkhidmatan Des@net.
Sekolah / Pengguna yang layak menggunakan perkhidmatan Des@net
1. Sekolah-sekolah Menengah yang telah dikenalpasti sesuai samada di kawasan bandar atau luar bandar oleh pihak Perpustakaan Negeri Sabah
semasa lawatan kaji selidik dan atas nasihat daripada Pengetua ataupun guru-guru yang dipertanggungjawabkan di setiap sekolah dan
Pejabat Pendidikan Daerah. Bagaimanapun kelayakan ini tertakluk kepada beberapa perkara. Antaranya:
- Sekolah tersebut berminat untuk mengambil bahagian
- Sekolah tersebut mestilah mempunyai bekalan elektrik yang cukup untuk menampung perkhidmatan
- Mempunyai infrastruktur (jalan raya) yang baik
- Tempat yang luas untuk meletakkan bas semasa perkhidmatan berjalan
2. Kelayakan murid-murid sekolah untuk menggunakan perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada nasihat guru-guru yang dipertanggungjawabkan,
tetapi keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah yang tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah ataupun yang tidak celik komputer.
3. Bagi kampung-kampung yang ingin mendapatkan perkhidmatan semasa cuti sekolah, permohonan ini hanya akan diberi selepas lawatan pemeriksaan
ke kampung tersebut dilaksanakan. Perkara yang perlu diambil kira semasa lawatan adalah bekalan elektrik yang mencukupi, tempat letak kereta,
talian telefon, kerjasama sepadu dari penduduk kampung dan sebagainya.
4. Sebarang penamatan perkhidmatan di sekolah-sekolah yang terpilih haruslah dimaklumkan secara lisan dan bertulis dengan kenyataan
mengenai sebab-sebab perkhidmatan diberhentikan.
Tanggungjawab Sekolah-sekolah dan Guru
Sekolah dan guru bertanggungjawab:
- Mengenalpasti murid-murid yang sesuai untuk menerima perkhidmatan ini
- Menyediakan jadual dan mengatur murid yang telah dipilih untuk menerima perkhidmatan ini
- Menyediakan penyambungan elektrik dan juga talian telefon khas untuk perkhidmatan Des@net
- Menyediakan tempat letak kenderaan untuk bas Des@net semasa perkhidmatan berjalan
- Memastikan murid telah bersedia apabila perkhidmatan dijalankan
- Memaklumkan kepada kakitangan Des@net sekiranya perkhidmatan tidak dapat dijalankan pada hari perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu (gangguan bekalan, cuti, peperiksaan
dan sebagainya)
Tanggungjawab Perpustakaan Negeri Sabah
Perpustakaan Negeri Sabah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:
- Menyediakan jadual perkhidmatan
- Menyediakan modul Pembelajaran
- Menyediakan tenaga pengajar
- Menyediakan bahan-bahan bacaan sebagai rujukan
Jadual Perkhidmatan
- Jadual perkhidmatan akan disediakan oleh pihak Perpustakaan Negeri Sabah
- Jadual akan diedarkan kepada sekolah-sekolah terlibat dua (2) minggu sebelum perkhidmatan
- Sebarang perubahan atau pembatalan hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah melalui telefon
- Setiap sekolah akan dilawati sebanyak 2 kali sebulan (secara giliran), dan setiap lawatan ia dibahagikan kepada 4 sesi, di mana
satu sesi akan mengambil masa satu jam
- Bagi setiap sesi, hanya 8 - 10 orang pelajar akan dibenarkan masuk ke dalam bas
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat dalam bas Des@net adalah:
- Buku-buku rujukan untuk kegunaan dalaman
- Bahan alat pandang dengar untuk kegunaan dalaman
- Komputer riba
- Laser printer
- Server
Kakitangan
Kakitangan Des@net terdiri daripada seorang pemandu dan seorang tenaga pengajar. Tenaga pengajar haruslah seseorang yang mempunyai
latar belakang dalam bidang komputer. Bagaimanapun, tenaga pengajar yang tidak mempunyai pengalaman akan diberi latihan melalui
Bahagian Sokongan IT.
Modul Pembelajaran
Modul pembelajaran ditetapkan dan disediakan oleh Perpustakaan Negeri Sabah, sementara bahan-bahan perpustakaan disediakan hanya untuk
kegunaan di dalam bas sahaja. Kakitangan Perpustakaan yang dilantik akan memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid sekolah berdasarkan
modul yang telah disediakan.
Trial Run / Uji Lari
Sebelum perkhidmatan dimulakan, lawatan ke sekolah-sekolah akan dibuat bersama kakitangan daripada Ibupejabat dan juga Kakitangan daripada Cawangan yang terlibat di mana bas Des@net akan dibawa bersama. Tujuan Lawatan ini adalah:
- Memberi taklimat / penerangan kepada pengetua, penolong kanan, guru-guru dan murid-murid sekolah mengenai perkhidmatan dan juga tujuan membuat trial run ini
- Mengkaji kesesuaian bekalan elektrik bagi kegunaan semasa perkhidmatan
- Mengkaji kesesuaian tempat letak kereta
- mengkaji keberkesanan komputer (dari segi capaian ke internet)
Bas
Sebarang penyelenggaraan atau pembaikan bas Des@net harus dilaporkan kepada Ketua Bahagian Cawangan di Ibupejabat.
Disamping itu, ia haruslah mendapat surat kebenaran daripada JKR terlebih dahulu sebelum membuat penyelenggaraan atau pembaikan bas.
Laporan
- Setiap Perpustakaan Cawangan atau Wilayah yang mempunyai perkhidmatan ini perlu menyediakan laporan bulanan atau tahunan mengenai perkhidmatan
- Format laporan bulanan boleh didapati daripada Bahagian Cawangan di IbuPejabat Perpustakaan Negeri Sabah
- Laporan ini perlu di kemukakan kepada Bahagian Cawangan di Ibupejabat untuk memberi maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang diberikan
- Laporan tahunan diperlukan untuk membolehkan pihak pusat menganalisa data/statistik dan dokumentasi untuk menilai keberkesanan perkhidmatan
- Laporan harus merangkumi perkara perkhidmatan kakitangan, sekolah atau murid-murid sekolah, bas dan juga statistik
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan ini harus dikemukakan kepada Ketua Bahagian Cawangan di Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah