| Silibus |
Ringkasan |
| Bab 1 : Pengenalan Kepada
Asas Komputer |
Dalam
bab ini, para pelajar akan diberi lebih pendedahan kepada perkakasan komputer.
Sebagai contoh pelajar akan ditunjukkan apa itu monitor, CPU, cakera keras,
tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Pelajar juga akan diajar apakah
fungsi-fungsi perkakasan tersebut.
|
| Bab 2: Pengenalan Kepada
Sistem Windows (Operating System) |
Bab
ini menyentuh tentang sistem operasi yang digunakan di dalam kelas Des@net.
Sekiranya komputer yang ada di dalam Des@net menggunakan sistem pengoperasian
'windows XP', maka para pelajar akan diberi pendedahan terlebih
dahulu kepada sistem operasi tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pelajar
dalam kelas-kelas yang berikutnya.
|
| Bab 3: Pengenalan Kepada
Pemprosesan Perkataan |
Dalam
kelas ini pula, para pelajar akan diajar bagaimana hendak menggunakan
perisian pemprosesan perkataan. Ini kerana, sebagai seorang pelajar, mereka
akan banyak menggunakan perisian ini, tidak kira semasa berada di alam
persekolahan, universiti ataupun alam pekerjaan.
|
| Bab 4: Pengenalan Kepada
'SpreadSheet' |
Aplikasi
ini ini juga banyak digunakan oleh para pelajar. Oleh itu, adalah lebih
baik sekiranya mereka diberi pendedahan sejak dibangku sekolah lagi bagi
memudahkan mereka pada masa hadapan. Para pelajar akan diajar bagaimana
hendak memasukkan data, memanipulasi data, dan bagaimana hendak membuat
carta berdasarkan data yang diperolehi.
|
| Bab 5: Pengenalan Kepada
Internet dan Pencarian Maklumat |
Internet
merupakan elemen terpenting dalam bidang IT. Oleh itu, pendedahan Internet
kepada para pelajar amat perlu. Dalam kelas ini, pelajar akan dibimbing
dan diberikan panduan bagaimana hendak melakukan pencarian maklumat yang
berkesan menggunakan enjin pencari seperti google dan yahoo!
|
| Bab 6: Pengenalan Kepada
Emel dan Penggunaannya |
Dalam
era globalisasi yang kita hadapi hari ini, penggunaan emel bukanlah sesuatu
yang asing lagi. Oleh itu, para pelajar akan diajar bagaimana hendak membuka
akaun emel, menghantar emel, membalas emel dan sebagainya. Dalam kelas
ini juga pelajar akan diberikan beberapa Netika berkaitan emel agar mereka
tidak menyalahgunakan apa yang mereka pelajari.
|
| Bab 7: Troubleshooting
Komputer |
Dalam kelas ini
para pelajar akan diajar bagaimana hendak melakukan
'troubleshoot' sekiranya berlaku masalah terhadap komputer mereka.
Apa yang didedahkan dalam kelas ini ialah, bagaimana hendak mengatasi
masalah komputer 'hang', bagaimana hendak menjaga komputer agar
bebas dari ancaman virus dan sebagainya, dan bagaimana hendak melakukan
pembersihan ke atas komputer.
|
| Bab 8: Virus dan Pencegahannya |
Sebagai
modul yang terakhir, para pelajar akan diajar bagaimana mengenalpasti jenis virus dan juga bagaimana
hendak mencegah komputer daripada dijangkiti virus. Kelas ini amat sesuai dengan keadaan semasa
kerana jangkitan virus semakin berleluasa dan semakin sukar hendak buang. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
|
*Modul
pengajaran Des@net ini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa
mengikut kehendak dan keperluan terkini.
**Kesemua Modul disediakan dalam Bahasa Melayu, begitu juga dengan pengajaran
di dalam kelas |