LATARBELAKANG
Des@net adalah satu perkhidmatan
multimedia bergerak yang disediakan oleh Perpustakaan Negeri Sabah, dengan kerjasama
Unit Kemajuan IT Negeri dan Jabatan Ketua Menteri. Ia diperkenalkan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-8 selaras dengan kemajuan dan pembangunan IT.
Perkhidmatan Des@net yang
pertama telah dimulakan pada 21 Januari 2002 di Daerah Papar. Buat masa ini,
terdapat 6 buah bas / Pangkalan Des@net yang menjalankan perkhidmatan di 42
buah perhentian di seluruh Sabah. Daerah-daerah yang terlibat dalam perkhidmatan
Des@net ketika ini adalah Daerah Papar, Sandakan, Tawau, Kudat, Keningau dan
Lahad Datu. Manakala Des@net Sipitang pula Masih dalam proses pengujudan. Setiap
pangkalan akan memberikan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah menengah / kampung-kampung
terpencil yang terdapat di sekitar daerah tersebut. Perkhidmatan ke kampung-kampung
dijalankan semasa cuti persekolahan.
Bas Des@net dilengkapi
dengan 10 buah Notebook yang dirangkaikan dengan capaian Internet, sebuah server
dan juga sebuah mesin pencetak. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan perisian
pemprosesan perkataan dan juga spreadsheet. Semasa lawatan, tenaga pengajar
yang dilantik oleh Perpustakaan Negeri Sabah akan memberikan latihan yang berterusan
dalam kemahiran penggunaan komputer, teknik mencari maklumat di internet, menggunakan
emel dan juga pendedahan kepada pemprosesan perkataan dan juga spreadsheet.
Sasaran perkhidmatan adalah pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Selain daripada itu, bas
Des@net juga dilengkapi dengan buku-buku rujukan dalaman untuk rujukan kepada
para pelajar. Bagaimanapun, perkhidmatan Des@net ini diberikan secara percuma
kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
OBJEKTIF
Tujuan utama perkhidmatan Des@net diperkenalkan ialan untuk memupuk kesedaran
di kalangan masyarakat khususnya di luar bandar di negeri ini tentang peranan
internet yang mengkagumkan dan bagaimana ICT mampu memperbaiki taraf kehidupan,
cara pembelajaran, meningkatkan kerjaya serta keperluan rekreasi. Adalah diharapkan
agar perkhidmatan Des@net dan kemudahan-kemudahan yang disediakan dapat memberangsang
minat masyarakat luar bandar untuk mengenali ICT dengan lebih lanjut lagi.
UNIT DES@NET
Unit Des@net ditubuhkan di bawah Bahagian Cawangan, Perpustakaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Puan Normah Yahya dan mempunyai seorang
Pegawai Penyelaras (En. Mohd. Samsuddin Maidin). Penubuhannya adalah sebagai satu langkah bagi memusatkan keseluruhan perkhidmatan Des@net
di seluruh Sabah.
Fungsi utama unit:
1. Membuat Pemantauan Perkhidmatan
2. Membuat 'Trial Run' dan 'Road Show' perkhidmatan terutama dalam proses pengujudan perkhidmatan baru
3. Membuat kajian terhadap penambahbaikan perkhidmatan
JADUAL PERKHIDMATAN DES@NET
Perkhidmatan Des@net dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat ke sekolah-sekolah
yang terlibat mengikut giliran. Walaubagaimanapun, perkhidmatan akan dihentikan sementara semasa Peperiksaan, Cuti Persekolahan dan Cuti Umum
JAWATANKUASA DES@NET
Des@net merupakan satu projek bersama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Unit Kemajuan IT Negeri (KIT) dan Jabatan Ketua Menteri.
Manakala jawatankuasa induk terdiri daripada organisasi-organisasi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
yang telah member bantuan dari segi teknikal dan sumbangan tenaga kakitangan; serta Jabatan Pendidikan yang telah memberikan
kerjasama dalam menjayakan projek ini.
Organisasi-organisasi yang lain termasuklah:
|