| ||||||||||||||
|
3G (Generasi ke 3 Telefon Selular) 3G adalah singkatan bagi 3rd Generation (Generasi Ke 3) telefon selular. Teknologi 3G secara ringkasnya adalah satu sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dari telefon selular ke komputer. Selain daripada itu, 3G juga merupakan rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio dan data dihantar dengan lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar berbanding teknologi yang sedia ada. Telefon 3G adalah lebih nipis, kecil dan menarik dilengkapi dengan kamera dan video berkembar yang dilengkapi alat yang membenarkan pengguna menyambungkannya secara langsung dengan emel mereka. Rangkaian telekomunikasi telefon selular kini sedang sedang menjalani penaiktarafan dari tahun 1999 hingga 2010. Evolusi 3G telahpun berlangsung pada 2005 akibat daripada kapasiti rangkaian 2G yang terhad. Rangkaian 2G digunakan terutamanya dalam transmisi suara dan data yang lambat, namun perubahan yang pantas dalam teknologi kini tidak dapat ditampung lagi olehnya. 2.5G juga 2.75G adalah teknologi seperti perkhidmatan data i-mode, telefon berkamera, HSCSD dan juga GPRS. Jepun merupakan negara yang pertama yang memperkenalkan 3G malah perpindahan kepada 3G telah banyak dilakukan pada tahun 2006. Walaupun 3G berjaya diperkenalkan
dengan meluas di Eropah, Asia, Amerika Selatan dan juga Afrika, namun beberapa
isu ditimbulkan oleh penyedia perkhidmatan 3G dan juga pengguna. Antaranya ialah: untuk maklumat lanjut, baca artikel di wikipedia |
|||||||||||||